2 Mac 1987- Hari yang amat panas. Sepanjang hari, saya meredah bukit-bukau dan lembah-lembah di sekitar Lenggong, Perak, dengan harapan bukan hanya untuk menemui tapak pra-sejarah berkontroversi yang telah diekskavasi beberapa abad yang lalu, tetapi untuk menemui tapak baru yang boleh menyelesaikan masalah ini. Dalam panas terik pada tengah hari itu, semasa saya berhenti untuk berehat seketika di selekoh jalan di Kota Tampan, secara kebetulan saya mengangkat pokok-pokok yang menjalar di tebing jalan. Saya terperanjat apabila di bawahnya terdapat satu lapisan pebel yang mendatar. Apabila saya mencungkil batu keluar dari lapisan itu, dengan jelas saya dapati ia alat batu. Keseronokan menjadi orang pertama memegang dan melihat satu artifak yang tertanam beribu-ribu tahun dahulu tentulah terbayang! Pada ketika itu, saya tidak menyedari bahawa jumpaan ini bukan hanya menyelesaikan permasalahan tentang manusia prasejarah pernah atau tidak tinggal di kawasan ini, tetapi telah mengawalkan pentarikhan prasejarah Malaysia sehingga 200,000 tahun ke belakang.
Di Kota Tampan saya telah menjumpai alat batu, dan kerja kami ini menuntut kemajuan yang besar. Nasib menyebelahi saya kerana H.D Tjia berada di sana ketika itu dan sebagai ahli geologi, beliau telah mengesahkan pendapat saya bahawa batu itu bukanlah terbentuk secara semulajadi tetapi dibentuk sedemikian rupa oleh manusia. Walaubagaimanapun, pada ketika itu kami tidaklah menyedari akan kepentingan jumpaan tersebut. Pada mulanya, Tjia beranggapan sejaluran batu pebel di tempat alat batu itu dijumpai mungkin pada satu ketika dahulu berada di dalam sungai. Ini bermakna alat batu itu mungkin hanyut ke tempat tersebut maka merupakan jumpaan secara kebetulan sahaja iaitu bukan di lokasi asalnya. Bagi menentukan jika ada lebih banyak alat batu dan sama ada masih pada kedudukan asalnya, saya memutuskan untuk menjalankan ekskavasi di tempat saya menjumpai alat batu itu. Sementara itu, Tjia membantu saya mengkaji persekitaran artifak tersebut sama ada tempat itu sungai atau tasik suatu ketika dahulu.
22 Mac 1987, Kota Tampan, Lenggong - melihat dan menyentuh buat pertama kali alat batu yang telah "tersembunyi" lebih 70,000 tahun dahulu |
Di Kota Tampan saya telah menjumpai alat batu, dan kerja kami ini menuntut kemajuan yang besar. Nasib menyebelahi saya kerana H.D Tjia berada di sana ketika itu dan sebagai ahli geologi, beliau telah mengesahkan pendapat saya bahawa batu itu bukanlah terbentuk secara semulajadi tetapi dibentuk sedemikian rupa oleh manusia. Walaubagaimanapun, pada ketika itu kami tidaklah menyedari akan kepentingan jumpaan tersebut. Pada mulanya, Tjia beranggapan sejaluran batu pebel di tempat alat batu itu dijumpai mungkin pada satu ketika dahulu berada di dalam sungai. Ini bermakna alat batu itu mungkin hanyut ke tempat tersebut maka merupakan jumpaan secara kebetulan sahaja iaitu bukan di lokasi asalnya. Bagi menentukan jika ada lebih banyak alat batu dan sama ada masih pada kedudukan asalnya, saya memutuskan untuk menjalankan ekskavasi di tempat saya menjumpai alat batu itu. Sementara itu, Tjia membantu saya mengkaji persekitaran artifak tersebut sama ada tempat itu sungai atau tasik suatu ketika dahulu.
Pada tahun 1990-91 saya dan pasukan dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPAM) telah menjalankan kerja ekskavasi di Gua Gunung Runtuh. Hasil kerja ekskavasi telah menemukan rangka Manusia Perak yang berusia 10,000 hingga 11,000 tahun. Manusia Perak adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Paleolitik hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan satu-satunya rangka prasejarah yang dilahirkan dengan kecacatan Brachymesophalangia.
Setelah 25 tahun berlalu, kini World Heritage Committe telah menyokong dan mengesahkan Perisytiharan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia pada hari Sabtu, 30 Jun 2012 di Istana Tauride yang terletak di bandar Saint Petersburg, Rusia. Pengiktirafan ini adalah pengiktrafan ke 4 bagi Malaysia selepas Melaka dan Geogetown, Taman Negara Mulu dan Taman Negara Kinabalu serta yang ke 953 di dalam senarai Tapak Warisan Dunia, UNESCO.
Pengiktirafan ini membuka dimensi baru pengiktirafan global terhadap Malaysia sebagai negara yang kaya dengan khazanah warisan yang komited untuk pemuliharaan dan perlindungan warisan yang terkenal di seluruh dunia. Kejayaan ini amat bermakna bagi pihak kerajaan dan masyarakat Malaysia. Pengiktirafan ini akan menjana sosio ekonomi secara mendadak secara amnya bagi Lembah Lenggong dan khususnya negeri Perak. Selain itu, ia akan menggalakkan lagi usaha-usaha menjalankan penyelidikan arkelogi di Lembah Lenggong. Walaubagaimanpun, ia merupakan satu permulaan malah terdapat lebih besar tanggungjawab serta tugas bagi mengekalkan status Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia.
Manusia Perak |

Tahniah Jabatan Warisan diatas kejayaan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia!!!!!!bravo Dato Zuraina!!!!
ReplyDeletesalam, tahniah dato' ! :)
ReplyDelete