Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Selepas mendapat pengiktirafan sebagai tapak warisan dunia, banyak perkara perlu disediakan kepada orang ramai. Orang ramai diminta untuk bersabar kerana JWN kini sedang meningkatkan kemudahan dan fasiliti seperti papan tanda, tourist guide, jalan-jalan menuju ke tapak bagi memudahkan orang ramai untuk melawat tapak-tapak arkeologi dan mengakses maklumat di sana.
JWN sedang merangka pelan jangka pendek dan panjang untuk meningkaktkan kemudahan dan membangunkan Galeri Arkeologi Lembah Lenggong yang dulu di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Negara selaras dengan pengiktirafannya sebagai Tapak Warisan Dunia. Kini Galeri Arkeologi Lembah Lenggong sedang dinaiktaraf bagi memberi kemudahan yang terbaik kepada pengunjung. Disamping itu, sebuah pejabat World Heritage Office akan diwujudkan di Lenggong bagi menyelaras tapak arkeologi Lenggong.
Dalam tempoh 2 tahun akan datang, pembangunan tapak setaraf dengan pengiktirafannya. Kejayaan ini akan menaik taraf Lembah Lenggong pada sebuah bandar kecil kepada sebuah tapak warisan dunia yang mempunyai kemudahan bertaraf dunia.
Selama 25 tahun saya membuat kajian di Lenggong, saya merasakan bahawa Lenggong adalah seperti kampung saya. Penduduk Lenggong sangat ramah dan turut membantu sepanjang kami membuat penyelidikan di sana. Justeru saya yakin, orang kampung akan membantu kami melindungi tapak-tapak dari vandalism. Adalah harapan saya juga supaya orang ramai membantu melindungi dan memelihara tapak-tapak arkeologi di Lenggong supaya ia tidak dirosakkan .
Banyak perkara telah dirancangan bagi memberi manfaat kepada pelawat dan penduduk Lenggong. Pengiktirafan ini akan meningkatkan ekonomi di Lenggong di samping taraf hidup di sana. Orang Lenggong bukan lagi memberi sumbangan kepada negara tetapi sumbangan sejarah manusia di dunia.
Maka kita perlu melindungi dan memelihara sejarah negara untuk tatapan dunia dan ini adalah menjadi satu kebanggaan kepada negara.